Iklan Nuffnang

Just For Laugh : Rakyat Malaysia Terlalu Serius?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera Bros & Sis,

Rakyat Malaysia rata-ratanya terlalu serius kah?
Tak boleh diusik, dikenakan dan dijadikan bahan ketawa komersil langsung?

Apa pendapat anda?

Bukan apa, bro & sis….

Saya timbulkan isu ini dalam posting kerana saya adalah peminat sitcom/series reality TV Just For Laugh dan juga Hidden Camera.Saya seringkali menontonnya di Youtube.


Paling saya minati ialah Just For Laugh from GAG, Canada.Bahkan saya juga bercita-cita suatu hari nanti ingin ke Canada untuk melihat pembikinan (belakang tabir) cara-cara bagaimana mereka membuat sesuatu isu/siri Just For Laugh.Tambahan pula saya juga mempunyai Destinasi Pelancongan Idaman yang saya ingin kunjungi di Canada iaitu untuk melihat keindahan Air Terjun Niagara (Niagara Falls) dan persekitarannya bersaksikan mata saya sendiri.

Jika anda belum tahu apa itu Just For Laugh, anda boleh lihat link ini :

Just For Laugh GAG

Ianya merupakan satu siri pendek menunjukkan situasi ‘prank’ (iaitu mengenakan seseorang) dengan niat untuk bergelak ketawa dan juga bagi menimbulkan ‘responses’ atau pun ‘reaction’ si pelaku (doer/doers) dalam siri tersebut.Ianya biasa dilakukan di persekitaran awam, di pejabat, di kawasan tumpuan ramai, seperti pusat membeli belah, lapangan terbang, kedai-kedai, restoran-restoran dan juga di mana-mana saja yang difikirkan sesuai.

Apa yang menarik ialah sebagai penonton siri tersebut, selalunya kita sering ketawa dan rasa terhibur menontonnya.Manakala pada yang ‘terkena’ (di dalam siri tersebut), saya tidaklah pernah bertanya sama ada mereka suka atau tidak.


Namun, saya memang terhibur, rasa riang dan ‘release tension’ tiapkali menonton siri Just For Laugh ini.

Apa yang saya perhatikan, Just For Laugh juga dilakukan/dibuat sirinya di Singapura.Namun tidak di Malaysia.Ini yang menjadi persoalan saya.


Adakah rata-rata rakyat Malaysia ini bersikap serius, pembengis dan pantang/tidak suka diusik (dikenakan) atau dijadikan bahan ‘prank?

Jika ditanya kepada saya, adakah saya sanggup jika Syarikat Just For Laugh mengenakan saya?

Jawapannya, saya sanggup.Namun bergantunglah kepada jenis ‘prank’ nya.

Jika jenis ‘prank’ tersebut tidak melibatkan mendedahkan aurat/maruah atau pun isu agama Islam, tidak melibatkan kecederaan, seperti luka, jatuh atau pun melibatkan senjata, maka saya masih boleh terima.Tambahan pula jika di akhir siri, pihak Just For Laugh memberikan saguhati berupa wang atau pun cenderamata.Lagilah bagus.

Saya percaya, selepas berakhir setiap siri, pihak Just For Laugh mesti ada memberikan ‘somekind of appreciation’ untuk orang/individu yang dijadikan bahan ‘prank’.Mungkin hadiah,mungkin wang atau pun barangan cenderamata penghargaan.


Di sudut lain pula, sebenarnya memang wujud ‘prank’ yang dibuat tidak menjadi dan berakhir dengan bencana atau pun malapetaka.Bahkan saya pernah tonton di Youtube, ada ‘prankster’ (orang yang berlakon mengenakan orang lain), ditendang dengan satu tendangan KO hingga rebah dan pengsan.Bahkan ada juga kanak-kanak yang ditembak mati dengan senjata api sebenar.Sungguh menakutkan dan amat kasihan kepada mangsa tersebut.Tujuan untuk main-main dan mengenakan orang, namun malapetaka yang dapat.

Jadi, saya menganggap orang Malaysia, jika tidak semua pun, rata-ratanya mungkin berdarah pahlawan, pembengis, cepat marah dan juga akan memberikan reaksi negatif jika ada pihak lain cuba mengenakan mereka.Mereka mudah tersinggung, tidak ‘sporting’ dan juga mungkin jenis yang tidak boleh disentuh langsung.Kalau sentuh atau usik, atau permainkan mereka, siaplah, mahunya bergaduh besar.

Oleh sebab itu, kita tidak pernah melihat di mana-mana Youtube atau pun di mana-mana siri Just For Laugh di dunia ini yang melibatkan mengenakan rakyat Malaysia.

Jika wujud pun, seperti siri TV tempatan di Channel NTV7 yang mengenakan artis contohnya ‘Wakenabeb’ pun ianya dipercayai diberitahu awal kepada artis tersebut untuk melakukan aksi yang kononnya nampak ‘real’ tersebut.


Ada juga yang berpendapat siri Just For Laugh juga adalah lakonan dan kononnya dibuat-buat nampak seperti ‘real’, tetapi jika benar ianya lakonan dan sengaja direka,mengapa mereka tidak berani membuat penggambaran di Malaysia?

Saya percaya, siri Just For Laugh terdapat reaksi yang benar dan bukannya 100% lakonan dan di ‘setting’ supaya penonton tertipu.Sebabnya, reaksi orang yang terkena benar-benar bukan menipu.Contohnya penggambaran di Singapura.Rakyat Singapura sudah maju dan ‘sporting’.Mereka menerimanya dan tidak memberikan reaksi negatif walaupun mereka dijadikan bahan ‘prank’.

Saya bertanya kepada anda;

….kalau anda lah yang dijadikan bahan ‘prank’ (dikenakan), dan dirakamkan, anda rasa marah, tersinggung atau pun mengamuk?

Jawapan anda menggambarkan rata-rata rakyat Malaysia mungkin sama perasaan seperti anda dan mungkin tidak bila mereka dijadikan bahan lawak atau pun dikenakan di khalayak ramai.

Masih saya ingat lagi beberapa rakan saya yang ‘mungkin berdarah pahlawan kot?’, mengatakan, ..’’pantang tok nenek aku orang mempermainkan aku dan mengenakan aku di hadapan orang ramai, memalukan aku bermakna penumbuk (bergaduh) lah jawabnya!’’


Adakah anda pun begitu?

Hahaha….

Patutlah Just For Laugh takkan bikin siri mereka di Malaysia sampai bila-bila…

Tiada ulasan: