Iklan Nuffnang

Benar kah Facebook Hanya Untuk Orang Yang Tidak Sibuk?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

Kita semua tentu pernah mengalami dan bertemu dengan kes/situasi rakan-rakan lama yang ingin kita cari di Facebook (FB) tetapi tidak dijumpai, betul, bukan?


Benarkah individu yang mempunyai akaun di FB dan mereka aktif menggunakan FB ialah orang yang kurang sibuk atau pun tidak sibuk langsung dalam urusan kehidupan mereka?

Saya sendiri juga teringin benar berjumpa rakan-rakan lama saya (walaupun hanya di ruangan FB) iaitu merujuk kepada rakan-rakan lama sewaktu di zaman persekolahan menengah.

Ada lah juga beberapa orang yang saya ketemui mereka di FB, tetapi ramai yang tiada.

Berikut andaian saya (dan juga mungkin andaian anda) mengenai orang yang tiada akaun FB dan mereka tidak berminat berhubungan, bersahabat dan menonjolkan diri di FB :

1.Rasa rendah diri :- Mungkin kerana sesuatu isu, mungkin kehidupan yang mencengkam,susah dan juga kurangnya peningkatan/kemajuan dalam hidup dan juga kedhaifan keluarga mereka menyebabkan mereka menjauhkan diri dan tidak ingin kenalan lama mengetahui nasib diri mereka di waktu ini.

2.Tidak suka persahabatan maya (online) :- Mereka mungkin tidak gemar cara bersahabat di FB yang bukannya secara ‘face to face friendship’.Lalu mereka tidak ambil kisah ada atau pun tidak akaun FB, aktif atau pun tidak menggunakan FB.Mereka lebih suka berjumpa secara terus (bersemuka) dengan sahabat-sahabat baru atau lama di kedai-kedai kopi, warung atau pun di kedai-kedai makan.Bagi mereka ‘cara tradisional’ (bertemu dan bersua muka) ini lebih praktikal.

3.Berjawatan besar/tinggi : - Mungkin sebilangan mereka berjawatan agak besar.Mungkin ‘level’ Pengurus Besar (GM) ke atas, contohnya Naib President (VP), orang penting kerajaan atau pun ahli politik yang sibuk.Jadi,mereka ‘bo-layan’ (tidak mahu/tiada masa) untuk aktif di FB atau pun untuk memiliki akaun FB.


Iya lah, kan… takkanlah GM dan VP sentiasa aktif dan sentiasa kemaskini status FB, tentu mereka berasa malu/segan dengan teman sejawatan, selain dari kesibukan tugas mereka dengan tanggungjawab yang besar.

Namun, tidak dinafikan, wujud juga mereka yang berstatus 'high ranking' juga aktif di FB.Cuba kita lihat golongan eksekutif (tidak semestinya eksekutif di sesebuah syarikat) tetapi kategori eksekutif dalam sesebuah negara seperti pemimpin, ahli kongres,ahli politik,bahkan ketua-ketua syarikat juga ada yang aktif di FB, khususnya di negara-negara Barat.Mereka lebih suka menggunakan 'social network' bagi mempromosikan bahawa diri mereka juga mengaplikasikan teknologi moden,dilihat seiring dengan kemajuan masakini dan juga menaikkan imej diri mereka sendiri di samping menaikkan imej syarikat yang mereka terajui.


4.Tiada Perkhidmatan Akses Internet :- Mereka mungkin sukar untuk akses internet atau pun mungkin tiadanya kemampuan melanggani internet di rumah.Jika di luar rumah pula, mereka merasa agak leceh dan menyusahkan semata-mata untuk aktif di FB dengan menggunakan Wifi di mana-mana lokasi yang disediakan akses internet percuma.


5.Situasi bertugas :- Mungkin situasi tempat mereka bekerja/bertugas atau kawasan kediaman keseluruhan mereka tinggal ialah satu kawasan kritikal, bahaya atau pun sentiasa perlu bersiapsiaga.Contohnya di kawasan sempadan negara, di kawasan kem tentera, kawasan kawalan polis,bomba dan penyelamat, dan lain-lain jenis pihak berkuasa yang sentiasa memerlukan tugasan berjaga-jaga (On Call) setiap masa.


Jadi, sudah tentulah mereka tidak boleh dan tidak sempat untuk menggunakan FB dan aktif dengannya sepanjang masa, walaupun ketika berada di rumah/berek/kuarters kediaman pihak berkuasa.Mana tahu, jika sedang asyik melayari FB, tiba-tiba kerahan tugas dikenakan atau pun ‘On Call’ secara tiba-tiba.Oleh sebab itu, mereka tiada masa untuk ‘menghadap’ media sosial seperti FB.

Inilah 5 perkara atau pun andaian-andaian saya mengapa seseorang itu tidak ada akaun FB dan juga tidak aktif menggunakan FB walaupun mereka mempunyai akaun FB.

Bagi saya, walau apa pun berlaku dalam hidup kita…Kegetiran melawan tekanan ekonomi hidup,kesusahan kita dalam membina keluarga,keadaan taraf pekerjaan kita yang mungkin agak rendah,kesukaran kita menempuh hidup seharian atau apa-apa pun sebab lain, bukanlah sebab untuk kita tidak mahu bersosial, berkenalan, bersahabat dan juga mengukuhkan kembali persahabatan dulu yang pernah terjalin.

Namun, ada lagi satu andaian yang normal, yang mungkin kita tidak sedari.Kadang-kadang, wujud juga kenalan-kenalan lama kita yang menggunakan ‘nickname’ atau bukan nama sebenar di FB.Oleh itu, memang susah benar mahu mengecam dan mengenal mereka itu.


Bukan apa, saya timbulkan isu berkenaan FB ini, ianya berkait dengan ‘network’ kita sebenarnya.Bukannya ‘business network’ tetapi ianya ‘friendship network’ yang kita perlu perkukuhkan demi semangat setiakawan dan juga menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat.

Bukankah kita sering mendengar pepatah berbunyi, “ berkawan biar beribu,bermusuh biarlah satu’’.

Tapi bagi saya, eloklah jika kita tidak punya musuh walaupun seorang pun, kan?

Apa-apa pun, jika anda semua punya FB dan ingin bersahabat dengan saya menerusi ruang maya FB, sila lah ‘private message’ (PM) saya ke nickname ‘Al Riana’.Inshaa Allah saya akan terima anda sebagai rakan.

-Got to go-.

Bye.




Tiada ulasan: