Iklan Nuffnang

Buah-Buahan Yang Kurang DiKenali

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,

Salam online daripada saya.

Anda gemar memakan buah-buahan, kan? Namun, saya percaya tidak semua di antara kita mengenali spesis buah-buahan yang boleh dikira sudah tidak dikenali di masa ini.Maklumlah, di zaman millennium dan zaman globalisasi langit terbuka ini, kita seringkali tidak mengendahkannya.Generasi sekarang mereka lebih kenal buah-buahan seperti oren, strawberi, plum, anggur/blackcurrent, kiwi dan juga buah-buahan yang kerapkali dijual dibandar-bandar sahaja.Itu pun sebabnya buah-buahan tersebut dijadikan minuman atau diet seharian.

Sebagai percubaan, saya bertanya anda, anda tahu kah apa itu buah mencepu ?

Haa….cuba fikirkan….

Tak tahu bukan?

Asyik-asyik kena search di ‘Pak Cik Google’ jer lah kan, jika nak tahu jawapannya ?

Ok, mari kita lihat beberapa jenis spesis buah-buahan yang saya anggap sudah tidak ramai mengenalinya, mungkin juga ada segelintir daripada kita langsung tidak pernah merasai dan memakannya.

Berikut di antaranya :

1.Buah Binjai-Ianya sejenis buah yang asalnya dari tanaman pokok liar di hutan.Buahnya sedap digoreng dan dimakan mentah (apabila ia telah masak).



2.Buah Cermai –Ianya bersaiz kecil-kecil dan ketika berbuah, ianya berkedudukan rapat-rapat (segugus).Rasanya ketika mentah, agak masam tetapi enak dimakan jika dibuat jeruk.



3.Buah Sentul-Ianya kelihatan seperti bentuk buah manggis, namun kulit dan isinya agak berlainan.Dipercayai pokoknya juga berasal dari tumbuhan liar dari hutan.



4.Buah Nona-Ianya disebut juga buah ‘nana’ atau biasanya nona.Buah ini ketika telah masak dan dimakan mentah, rasanya manis.Pokoknya agak renek dan tidaklah besar dan tinggi.Bentuk buahnya kelihatan berbonggol atau menggerutu.



5.Buah Pisang Kaki-Tentu ramai tidak kenal buah ini, bukan? Termasuk lah saya.Mulanya saya jangkakan buah ini berbentuk seperti pisang udang atau pisang tanduk, bersaiz besar dan panjang, rupanya tidak.Ianya berbentuk mirip seperti buah tomato dari segi rupa fizikal luarannya.Isinya rasa sedikit macam epal dan pir (pear).



6.Buah Kerdas/Geduak-Ianya boleh dikategorikan buah juga walaupun bentuknya umpama kekacang besar.Juga boleh dibuat ulam-ulaman dimakan mentah bersama nasi.Buahnya agak berlemak, rangup dan juga berbau.’Geduak’ ialah panggilan sesetengah orang di kawasan Utara Malaysia.



7.Buah Mencepu-Ini dia buah yang saya rasa kalau ditanya kepada generasi yang kini berumur bawah 20-an, pastinya mereka tak tahu.Buah ini juga kelihatan mirip buah tomato dan buah pisang kaki tetapi ianya digunakan dalam masakan, isinya agak lembik dan rasa agak masam-masam sedikit.Saya mengenali buah mencepu ini kerana semenjak kecil, ibu saya kerap memasukkan buah ini ke dalam gulai lemak ikan tenggiri (cara masakan orang Pahang), kadang-kadang jika tiada buah mencepu, buah mempelam muda juga sedap dimasukkan ke dalam gulai ikan tenggiri.



Dan akhir sekali……..

8.Buah Misteri a.k.a Buah Khuldi-Ianya banyak pendapat.Setiap negara, adat resam, budaya, penduduk dan pegangan agama juga mempengaruhi dalam menentukan apa itu sebenarnya buah khuldi.Iaitu buah yang diceritakan di dalam Al Quran yang dilarang oleh Allah dimakan oleh Nabi Allah Adam Alaihis-salam dan juga isterinya Siti Hawa di syurga.Namun, sekadar menggambarkannya tidak mengapa kerana kita cuma berimaginasi sahaja.Dipercayai buah khuldi kelihatan seperti buah delima (seperti di gambar yang ditunjukkan), namun bukanlah semestinya ini ialah buah khuldi.Hanya Allah saja yang mengetahuinya.



Sekian.


3 ulasan:

Unknown berkata...

Buah mencepu pyh nk dapat...mase kecik² je merase buah mencepu..

Eila berkata...

Last sekali tu buah tin atau dalam english, figs. Antara buah yg ada disebutkan dalam Quran. Yang pasti bukan buah Khuldi.

alriana5604 berkata...

Cik Emiey Fiza, tahu jugak you buah mencepu ya? Ini barulah dikatakan orang yang benar2 berasal dari kampung ni, macam saya jugak lah...haha.