Iklan Nuffnang

Mengatasi Stress...Cara Saya...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Ok, guys…

Welcome to my blog again.

How do you handle stress ?





Kali ini saya mahu berkongsi mengenai bagaimana menangani tekanan atau pun ‘stress’ mengikut cara/versi saya.
Baru-baru ini saya menyertai sesi ceramah mengenai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE) yang berkolaborasi antara TM dan NIOSH.Ia diadakan di TM Convec, Jalan Pantai Baru,Kuala Lumpur.Memandangkan saya ialah salah seorang AJK (OSHE Committee) maka majikan menggalakkan saya menyertainya.



Saya fikir tidak perlulah menceritakan panjang lebar di blog ini mengenai input-input dan cara-cara mengatasi tekanan.Memandangkan ianya adalah input-input formal dan standard yang boleh kita baca dan buat carian di ‘google’.



Mari kita lihat cara-cara bagaimana saya mengatasi stress/tekanan, ini memang saya lakukan bukannya rekaan, Ok, :

1.Tidur – Sudah tentulah ia tidak semudah itu ! tapi bagi yang benar-benar stress mereka kadang-kadang tidak boleh lelapkan mata pun, tapi saya tidak begitu, cuba kosongkan otak, ambil bantal dan tidur sepuas-puasnya.

2.Menonton koleksi atau pun filem-filem kegemaran – Walaupun agak menjemukan, tapi cuba lakukan dengan ‘skip/drag’ ke babak-babak yang kita suka sahaja.Contohnya, saya semenjak kecil lagi meminati adiwira Hulk dan Spiderman.Hingga kini, saya asyik menonton babak-babak yang saya suka sahaja.Ya lah kan, nak menonton seluruh filem yang sudah kita tonton mesti menjemukan.Saya cukup suka menonton babak semasa David Banner bertukar menjadi Hulk (Hulk-out).Jadi, bila stress, saya akan mengulang-ulang menonton babak ini.Begitu juga dengan Spiderman, babak Spidey memanjat dinding dan bergayutan antara bangunan ke bangunan, membuatkan stress saya menjadi berkurangan dek kerana ‘ghalit’ / khayal menontonnya.

3.Serap Kasih Sayang – Ermm…bunyinya macam pakar motivasi beri tips pulak.Bukan begitu, maksudnya saya akan cuba ‘absorb’ aura sekeliling / dalam keluarga dan juga dengan rakan-rakan.Caranya ? Saya akan dekati anak-anak kecil, dukung, peluk dan bergurau dengan mereka.Ini benar-benar terjadi jika kita lakukan kepada anak-anak kita dan isteri kita.Selepas kita mendukung anak-anak kecil selalunya stress berkurangan dan fikiran pula akan menjadi lebih tenang/positif dan tenteram.

4.Bersiar-siar – Saya boleh dikatakan suka bersiar-siar dan melancong.Ketika mempunyai wang lebih kita pergi lah melancong jauh sedikit, jika bajet tidak mengizinkan, kita pergilah ke mana-mana bersiar-siar contohnya ke taman tasik, taman permainan, majlis-majlis yang disukai dan juga mengunjungi keluarga di kampung.Bila kita dapat suasana berlainan dan menyenangkan, stress pun akan berkurangan.

5.Mendekati Agama – Saya ini bukanlah warak dan juga ahli ibadah yang hebat.Namun jika kita stress, kita bersolat dan berdoa kepada Tuhan.Insya Allah stress berkurangan.

Ok ?

Ini, ialah 5 cara yang sememangnya saya lakukan bila saya stress, anda pula bagaimana ?

Untuk pengetahuan anda, 1 ilmu baru saya dapat ketika menyertai sesi ceramah OSHE ialah berkaitan MSD.



Apa itu MSD ? bukannya Mohamad Salleh Daud.

Tapi MusculoSkeletal Disorder.

Musculoskeletal Disorder ini berkaitan topik Ergonomic.Ia menerangkan mengenai cara kedudukan sesuatu objek dan kedudukan tubuh badan.Ia melibatkan posture, graviti dan juga kesihatan.

Akibat berlakunya MSD ini juga kita boleh jadi stress !

Kita akan sering berasa lenguh-lenguh di tubuh badan seperti di leher, di pinggang, di bahagian bawah belakang (lower back pain), di siku, di pergelangan tangan, di lutut dan juga dipunggung.Ini kerana kedudukan / posture kita yang tidak betul semasa bekerja, semasa berada di rumah dan juga semasa melakukan pelbagai aktiviti.

Jadi ubahlah cara posture kita dan dapatkan panduan yang betul.Barulah stress dapat dibendung !


Tiada ulasan: