Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya,
Mari kita kenali serba sedikit mengenai biodata dan diri seorang penceramah atau pun perunding motivasi wanita yang semakin terkenal ini.
Beliau ialah Dr. Robiah Kulop Hamzah.
Berikut ialah sedikit bio data mengenai diri beliau :
Nama penuh: Dr. Robiah Kulop Hamzah
Tarikh Lahir : 20 Oktober 1951
Tempat Lahir : Kg Senin Layang-layang Kanan, Parit, Perak
Pendidikan rendah : Layang-layang Kanan, Parit
Pendidikan Menengah : Iskandar Shah, Parit dan Changkat Jong, Teluk Intan
Pendidikan Tinggi : Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras
Ijazah Sarjana Muda Linguistik dan Sastera, UM (1980)
Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu (Pemulihan Bahasa Melayu), UM (1988)
Doktor Falsafah pengkhususan Pendidikan Nilai dan Pengajaran Bahasa Melayu, UKM (2000).
Saya baru pertama kali secara 'live' dapat mendengar ceramah/syarahan/input motivasi daripada beliau baru-baru ini.Saya telah menyertai dan menjadi salah seorang peserta yang menghadiri sesi Simposium Menjana Ke Arah Pekerja Berprestasi Tinggi yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pekerja Muslim TM Kuala Lumpur pada 5 Disember 2012 baru-baru ini.
Apa yang saya perhatikan, cara,gaya,perawakan dan juga penampilan Dr. Robiah bila menyampaikan ceramah motivasinya, memang hebat dan bertenaga sekali.Walaupun beliau merupakan penceramah di sesi terakhir dan di waktu petang,ternyata ia nya tidak menghampakan apabila beliau berjaya membuatkan khalayak ramai tertumpu dan tekun mendengar beliau berhujah dan bersyarah.
Saya lihat secara peribadinya, Dr. Robiah seorang penceramah motivasi yang bersuara lantang dan kuat, bertenaga sungguh beliau walaupun umurnya sudah menjangkau 60-an.Selain itu juga, beliau seorang yang suka berinteraksi dengan khalayak pendengar ceramah atau pun peserta sesuatu program yang dihadirinya.Beliau juga seorang yang berobjektif,berfakta namun tidak lekang dengan senyuman dan juga lawak jenaka yang bersahaja juga kadangkala diselitkan dengan dialek Peraknya.
Dr.Robiah juga cukup bersopan orangnya dalam aspek penampilan dan juga apabila berdepan dengan orang ramai atau pun peserta-peserta sesuatu program yang melibatkan beliau.Beliau berpenampilan muslimah yang lengkap tetapi anggun,wajahnya cerah seperti kelihatan tiada bertepatan dengan usia sebenarnya.Malah, ketika di Simposium yang saya sertai itu, berpusu-pusu peserta wanita mengambil kesempatan bersalaman,berpelukan dan juga bergambar dengan beliau, begitu ramai sekali, namun Dr.Robiah tidak pun menghampakan mereka semua.
Untuk pengetahuan anda semua, Dr. Robiah memang terkenal sebagai perunding motivasi atau pun pakar motivasi wanita yang kerap kali muncul di kaca telivisyen.Selalunya beliau sering ke udara di Astro atau pun di saluran TV 9.
Bukanlah maksud saya untuk membanding-bandingkan beliau dengan sesiapa atau dengan mana-mana perunding motivasi yang lain, sama ada wanita atau pun lelaki, tetapi ikhlas saya katakan Dr. Robiah ada kehebatan dan keistimewaannya sebagai motivator.Jika kita sering terbiasa dan menyukai perunding motivasi lelaki yang terkenal contohnya seperti Prof. Datuk Dr.Fadzilah Kamsah, maka jika wanitanya saya boleh katakan Dr. Robiah lah orangnya.Bukan maksud saya memuji beliau berlebihan, hanya ingin meluahkan apa reaksi dan penilaian saya selepas mendengar ceramah motivasi beliau secara langsung (live).
Dr. Robiah juga mempunyai syarikat atau pun agensi perunding motivasinya sendiri yang beliau miliki iaitu RKH Motivation and Services di Shah Alam, Selangor.Beliau juga aktif menulis buku berkenaan motivasi dan buku-bukunya laris terjual di pasaran.Selain itu juga beliau pernah menjadi Mudirah bagi Program Ustazah Pilihan di siaran TV berbayar Astro.
Memang lain dan benar-benar teruja dapat mendengar ceramah beliau secara 'live' dan berhadapan.Tidak seperti kita menonton di TV.Peluang menyertai Simposium tersebut dan dapat mendengar input motivasi daripada Dr.Robiah benar-benar satu perkara yang begitu berguna dan bermakna bagi saya.
Jika anda semua berpeluang mendengar Dr. Robiah memberikan ceramah motivasi secara 'live', jangan mensiakan-siakan peluang tersebut dan hayati tips-tips motivasi yang diberikan beliau serta praktikannya.
Dr. Robiah suka mengaitkan segala perlakuan,tindak tanduk kita,keterujaan kita mengejar dan membentuk sebuah kehidupan sehingga kita sering terlupa dengan 'Pemilik Sebenar' kehidupan yang kita kejar dan tempuhi ini.
Kita mencari rezeki,tetapi 'Yang Memberi Rezeki' kita lupa dan sering ketepikan.Kita membina 'Rumahku, yang kononnya jadi 'Syurgaku'.Tapi kita terlupa dengan 'Syurga Yang Kekal Abadi'.
Lantaran itu lah kita sering berakhir dengan ketewasan dan kekecewaan dalam hidup.Kita selalu mengimpikan kesenangan dan berusaha keras membina kehidupan tetapi dalam masa yang sama kita bertindak ke arah menyongsang perintah Yang Maha Esa.
Inilah yang membuatkan kita cuma hebat pada pandangan manusia sesama kita.Manakala tuntutan Tuhan kita dengan enteng saja meninggalkannya.
Jadi, pesanan saya kepada diri sendiri dan anda semua, penuhi lah tuntutan Tuhan nescaya Tuhan penuhi tuntutan kehidupan kita seharian.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan