alriana5604@gmail.com - AL The One
Salam sejahtera,
Saya mengambil kesempatan di blog ini,untuk mengucapkan kepada semua umat Islam,Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 1433 Hijrah bersamaan 21 Julai 2012, pada hari Sabtu yang bakal tiba tidak lama lagi.
Marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadat kita.
Di antaranya ialah :
1.Dengan menunaikan solat sunat tarawikh.
2.Bersedekah.
3.Memberi makan/menjamu makan kepada orang yang berpuasa ketika tiba masanya berbuka puasa.
4.Memperbanyakkan membaca Al Quran.
5.Berkata-kata dengan perkataan/percakapan yang baik-baik sahaja.
6.Melibatkan diri dan mendengar majlis tazkirah, ceramah dan juga majlis-majlis ilmu yang lain.
7.Menunaikan/membayar zakat fitrah.
8.Memperbanyakkan berzikir menyebut nama-nama Allah.
9.Mengunjungi dan menziarahi ibubapa atau rakan kenalan yang bernasib malang, kemalangan, sakit atau pun sengaja menziarahi atas dasar mengeratkan ukhwah.
10.Memperbanyakkan amalan-amalan Sunnah Rasulullah SAW yang lain,seperti bangun malam untuk qiamullail,solat sunat hajat,tahajjud dan tasbih.
Marilah kita sama-sama melakukannya, paling tidak pun,salah satu dari perkara-perkara di atas kita pasti mampu dan boleh melaksanakannya, kan?
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Al Mubarak….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan