Iklan Nuffnang

Pakailah Baju Berwarna Putih...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera & salam Hari Jumaat yang mulia,

Tahukah anda semua, bahawa memakai pakaian yang berwarna putih (semestinya lah menutup aurat) dan hijau lebih-lebih lagi pada hari Jumaat penghulu segala hari, merupakan satu sunnah Rasulullah S.A.W. ?

Saya memang sedar dan sudah mengetahui perkara ini. Cuma nya apa yang saya ingin ceritakan di sini ialah sikap atau kebiasaan saya yang semenjak dulu lagi suka memakai baju yang sebahagian besarnya berwarna putih.Ini disedari sendiri oleh isteri saya.Isteri saya sudah amat-amat faham, jika saya membeli baju baru, khususnya T Shirt, saya sering cenderung untuk memilih warna putih.Mula-mulanya saya berpendapat jika memakai baju putih, senang dipadankan dengan seluar berwarna gelap.Juga saya tidak suka baju yang berwarna gelap kerana ianya menyerap haba dan tubuh kita cepat berasa panas dan cepat berpeluh.

Namun, selepas dari menyedari dan membaca poster iklan emel yang saya terima ini, menyebabkan saya perlu membetulkan niat saya.Kini saya perlu ‘set’ kan niat dan kecenderungan saya memakai baju berwarna putih pada kebanyakan hari dan khususnya hari Jumaat, ialah untuk mengikut dan mengamalkan sunnah Nabi.Insya Allah, saya akan dapat pahala.

Namun bagi saya, kepada wanita, jika tidak pandai memilih jenis kain yang berwarna putih, anda tidak boleh memakainya, kerana ianya agak ‘transparent’ (telus mata) untuk ditatapi oleh orang lain.Ianya memalukan bagi seorang wanita bilamana ada orang boleh melihat pakaian dalam anda hanya kerana semata-mata anda suka memakai pakaian berwarna putih.Kalau kainnya tebal berwarna putih dan tidak telus mata memandang, ianya dibolehkan.

Jadi, marilah kita bersama-sama menghidupkan sunnah Nabi ini,ya.Ianya ‘simple’ sahaja,pakai sahaja pakaian berwarna putih dan mestilah menutup aurat!

Bye.Jumpa lagi.




Tiada ulasan: