Iklan Nuffnang

Kediaman Selesa vs Kenderaan Selesa : Mana Satu Pilihan Kita ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum pembuka bicara…haiii…

FOA (First of all)….saya ucapkan terima kasih atas kunjungan anda ke blog saya.Terima kasih sangat-sangat atas sifat ‘sporting’ anda semua dan menyokong minat saya berblog dan menulis artikel.Saya juga akan ‘add’ anda semua sebagai rakan blog yang mana telah ‘add’(follow) blog saya ini.Walaupun tak dapat berkawan secara nyata, secara maya (online) pun jadi lah,ya…

Ok,entri ini berkisar mengenai penilaian kita terhadap mana satu pentingnya jika kita diberi 2 pilihan sahaja, di antara kita perlu utamakan untuk memiliki kenderaan/kereta yang bagus(kereta idaman) kah, atau pun memiliki rumah(kediaman) yang lebih selesa?

Maksudnya,jika kita lihat dari segi konteks hari ini, zaman ini dan alaf ini,khususnya yang tinggal/menetap di kawasan Lembah Klang,kemampuan setiap individu adalah berbeza dalam usaha masing-masing untuk memiliki kenderaan dan kediaman yang selesa.Ya lah kan, harga rumah di Lembah Klang ini amat-amat melambung tinggi,jika rumah teres 2 tingkat di kawasan Shah Alam contohnya,mencecah harga RM350,000 hingga RM500,000 sekarang ini !

Begitu juga dengan harga kenderaan/kereta di masa ini, amat kompetitif dan hasrat mahu mengejar dan memiliki kereta jenama luar negara bukan semua individu mampu berbuat demikian, betul tak?Contohnya,jika individu tersebut mahu memiliki sebuah kereta Honda Civic model baru (orang panggil Civic Sampan tu), harganya sekitar RM150,000.Jadi, di sini wujud pro dan kontranya sama ada individu tersebut ingin membeli/membuat pinjaman untuk kereta kah, atau pun membuat pinjaman untuk membeli rumah teres yang selesa, atau kalau tidak pun dapat pangsapuri yang sederhana pun, sudah kira ok, betul tak?

Di sini saya sertakan beberapa respon dan pendapat segelintir individu hasil pergaulan saya dengan rakan-rakan, keluarga dan juga pelanggan-pelanggan majikan tempat saya bekerja.Ikuti pendirian/pendapat mereka berhubung ‘Mana Satu Lebih Penting Untuk DiMiliki, Kediaman kah atau pun Kenderaan kah ? Layan….

1.Ada yang berpendapat, di Lembah Klang ini,kereta yang bagus dan berjenama lebih penting.Ia menunjukkan ‘class’kita dan juga ada rasa ‘proud’ pada diri sendiri.Sebabnya,individu ini berfikir,kenderaan kita gunakan hari-hari berulang-alik bekerja dan pergi ke mana-mana, jadi ianya senang dilihat/ditunjuk-tunjukkan kepada orang lain.Sementara, jika memiliki kenderaan yang ‘biasa-biasa’ saja, tetapi memiliki rumah yang selesa dan cantik bagi mereka, rumah/kediaman tersebut bukannya kita boleh bawa ke hulu hilir dan tentunya orang tak nampak….Tak tahulah anda setuju atau tidak pendapat ini…Selalunya individu begini tidak kisah jika tinggal di rumah sewaan atau pun mendiami rumah kos sederhana/kos rendah.

2.Individu yang berfikiran sebaliknya pula.Iaitu yang menitikberatkan untuk memiliki rumah/kediaman yang selesa,mungkin rumah banglo,semi-D, teres atau kondominium.Namun mereka tidak kisah jika hanya memiliki kenderaan yang berharga sederhana dan ‘so-so’ sahaja.Bagi mereka, kenderaan hanya alat untuk bergerak ke sana ke mari,asalkan jangan selalu rosak sudah memadai.Bagi mereka, kediaman lebih penting, ianya satu aset tetap yang nilainya takkan menurun,bahkan mereka lebih suka mempunyai rumah yang selesa dan hidup pun lebih tenang.Ramai yang setuju pendapat ini, bukan?

3.Ini pula pendapat yang berlainan sedikit.Ada yang berfikiran, tak guna (meaningless) jika beli dan buat pinjaman rumah yang mahal-mahal di Lembah Klang ini kerana cukai pintunya yang tinggi, bebanan menanggung hutangnya yang menyakitkan dan juga lebih baik simpan duit banyak-banyak, buat saja rumah di kampung masing-masing!Lagi besar rumah yang bakal diperolehi dan lagi bebas untuk buat/reka bentuknya yang tersendiri di kampung!Pasti anda juga ada terlintas begini, bukan?Selalunya individu begini, nampak hidupnya di Lembah Klang ini biasa-biasa saja, tapi wang simpanannya banyak, mereka sedang ‘aim’ kan saja, bila cukup masanya,apa lagi, tersergam lah rumah besar dan cantik di kampung!... maklumlah hasil simpanan mereka yang bersusah payah selama ini,kan?

4.Pendapat daripada sesetengah rakan yang agak ‘konservatif’.Mereka berpendapat, rumah atau kereta/kenderaan tidak penting.Jangan ‘set’ kan fikiran kita bahawa jika seseorang tidak berjaya memiliki kedua-dua ‘benda’ ini atau salah satu darinya, dianggap sudah gagal dalam hidup.Apa yang paling penting bagi mereka ialah simpanan yang kukuh.Simpan sahaja duit tersebut, jangan belikan apa-apa aset kerana ianya merisikokan diri kita untuk menanggung hutang berpanjangan.Bagi mereka, hidup dengan menyewa rumah dan menggunakan kenderaan awam adalah lebih bagus, walaupun agak menyusahkan.Ini kerana, tidak perlu dibebankan dengan tanggungan cukai jalan dan insurans,susutnilai kenderaan dan juga komitmen hutang yang lama/berpanjangan.Selalunya individu begini, wang simpanan mereka banyak, mereka lebih suka membeli insurans hayat/perlindungan peribadi yang pelbagai, al maklumlah….mereka kerap ke sana ke mari dengan pengangkutan awam, risiko untuk kemalangan di mana-mana lebih tinggi,kan?Saya tak boleh bayangkan orang begini, jika mereka sudah berkeluarga, anak isteri kasihan sungguh ‘diusung’ ke sana ke mari menaiki pengangkutan awam…sedangkan duit banyak mampu beli kenderaan…;)

5.Juga pendapat yang baik daripada seorang kawan/rakan yang bolehlah dikatakan sahabat yang soleh.Pendapat beliau lebih kurang pendapat nombor 4 juga, tetapi,ia lebih menjurus ke arah keagamaan.Individu begini berfikir sama seperti di atas (*No.4 ),* Mereka berpendapat, rumah atau kereta/kenderaan tidak penting.Jangan ‘set’ kan fikiran kita bahawa jika seseorang tidak berjaya memiliki kedua-dua ‘benda’ ini atau salah satu darinya, dianggap sudah gagal dalam hidup.Apa yang paling penting bagi mereka ialah simpanan yang kukuh.Simpan sahaja duit tersebut, jangan belikan apa-apa aset kerana ianya merisikokan diri kita untuk menanggung hutang berpanjangan.Bagi mereka, hidup dengan menyewa rumah dan menggunakan kenderaan awam adalah lebih bagus, walaupun agak menyusahkan.Ini kerana, tidak perlu dibebankan dengan tanggungan cukai jalan dan insurans,susutnilai kenderaan dan juga komitmen hutang yang lama/berpanjangan.Namun, simpanan yang banyak perlulah dihabiskan untuk tujuan dakwah dan perkara wajib tuntutan agama, contohnya berzakat dan menunaikan kewajipan Haji.Ternyata memang betul kata-kata sahabat ini,kan? buktinya apa?

Saya ingin bertanya kepada anda semua (termasuk lah saya ),….berapa orang di sini, di Malaysia ini atau khususnya di Lembah Klang ini, yang sibuk-sibuk mengejar untuk memiliki kenderaan dan kediaman yang selesa, lalu sudah memperolehinya atau pun dalam usaha memperolehinya ,dalam masa yang sama sudah menunaikan ibadah Haji, paling tidak sudah pergi 1 kali menunaikannya?.....hampir tiada, bukan?....Jadi kita fikir-fikirkanlah sendiri akan kebenaran kata-kata sahabat saya yang soleh ini.
Kita akui,kita sibuk menyediakan dan berusaha ke arah perkara-perkara duniawi dan kadangkala kita terlupa untuk berlumba-lumba menyediakan perkara ukhrawi yang sebenarnya lebih penting.Betul tak? Termasuklah saya juga.

Oleh itu marilah kita berusaha memperbaiki diri.Jika di lain kali orang bertanya kita,…..’’Di antara 2, kau pilih apa?Kereta yang bagus kah, atau pun kediaman yang selesa..?’’

Apakah agaknya jawapan kita?Kita sendiri tahu sebenarnya apakah jawapan kita yang tersemat di hati nurani kita.Tuhan saja yang Maha Mengetahui niat kita.
Sampai ketemu lagi di lain entri.

Rajin-rajinlah berkunjung ke blog saya ini, untuk membaca lain-lain artikel sebagai santapan rohani.Dijamin blog ini tidak membuang masa anda! ...
(sorry, kempen sikit.. ;) )

Wassalam.


4 ulasan:

Chekgu Azrine berkata...

saya lbh suka kediaman yng selesa..:-)

Azza Afdzal berkata...

mestilah kediaman yg selesa

alriana5604 berkata...

Ya la, sebab Cikgu Azrine ramai anak, kan? rumah yg sempit nanti terhad lah tumbesaran anak2...kan? saya pun kalau boleh nak rumah yang mcm dlm gambo blog saya tu....:)

alriana5604 berkata...

Azza,manusia normal mcm kita memang kepingin kan rumah besar dan selesa, kan? tapi kalau terpaksa pilih,antara kereta besar dan selesa vs rumah biasa2 jer, Azza tak mahu ker? ;)cthnya, rumah duduk kat Pangsapuri kos sederhana, tapi drive Volkswagon Passat?...tak nak? hehehe...