alriana5604@gmail.com - AL The One
Salam pertemuan ‘online’ pembuka bicara;
Pernahkah anda membuat urusniaga jualbeli di www.mudah.my ?
Link : Mudah.my
Bagaimanakah hasilnya?Anda mempercayainya atau tidak?Atau pun anda tidak yakin dan juga berasa wasa was memandangkan urusniaga jualbeli melalui laman tersebut tidak bertemu muka (face to face) di antara penjual dan pembeli?
Ok, ini kisah dan cerita saya pula berkenaan berurusniaga ber’platform’ kan Mudah.my sebagai perantaraannya.Saya bukan agen / staf Mudah.my yang ingin mempromosikan laman tersbut,ok.Ini ialah pengalaman saya sendiri.Mari kita sama-sama kongsikan.
Saya pernah melakukan urusniaga di Mudah.my sudah beberapa kali.Saya sendiri pun sudah lupa bilangannya.Rata-rata urusan jualbeli yang saya lakukan melibatkan jumlah lebih kurang dalam anggaran kesemuanya RM1000.00 ke bawah.Baik sama ada ianya pengalaman sebagai penjual atau pembeli, saya setakat ini masih mempercayai platform Mudah.my sebagai ‘jalan segera’ untuk mengiklankan apa-apa barangan.Saya selalunya lebih berperanan sebagai penjual/seller berbanding pembeli/buyer kerana saya mempunyai sedikit perniagaan kecil-kecilan (jika boleh dikatakan begitu).Sebenarnya saya lebih kepada ‘orang tengah’ yang mengiklankan barangan dari kedai/perniagaan orang lain, tetapi dengan izin pemilik perniagaan tersebut lah.
Di antara barangan yang saya jual ialah seperti kasut sukan,kasut kerja/kasut pejabat,pakaian (baru atau terpakai),jam tangan,barangan perhiasan,minyak wangi/perfume dan beberapa barangan kecil (collectible items) yang lain.
Selalunya, saya akan bersikap ‘focus’ dan berobjektif.Saya cuma melayani pembeli yang benar-benar serius (serious buyer only).Bagi yang sudah biasa beriklan di Mudah.my, mereka pasti tahu bagaimanakah untuk mengenalpasti pembeli serius ini.Ia berdasarkan cara pertanyaan,kiriman SMS kepada kita dan juga intonasi suara.Pembeli yang bersikap ‘main-main’ selalunya hanya bertanya seringkas yang mungkin, contohnya melalui SMS ; …. ‘’bro, brg atau kasut tu, ader lg, x ?’’
Jika pembeli serius pula, akan menelefon, bertanyakan saiz kasut/pakaian tersebut,original atau tidak,jenis kain ‘cotton’ atau bukan ‘cotton’ dan kelihatan mereka seperti berminat dan menyelidiki.
Mengenai bayaran, jika pembeli benar-benar sudah bersetuju untuk membeli,sila bersikap jujur sejujur-jujurnya.Minta agar si pembeli ‘bank-in’ kan bayaran yang dipersetujui untuk barangan tersebut dan selepas bayaran kita sudah sahkan terima dan sudah masuk ke akaun bank kita, tanpa berlengah lagi terus ke pejabat pos atau mana-mana syarikat ‘courier’ untuk menghantar barangan tersebut dengan segera.
Selalunya saya ‘commit’ dengan pelanggan saya dalam 1-2 hari bekerja, Insya Allah barangan tersebut pasti sampai kepada mereka.Setakat ini, belum lagi ada masalah pelanggan tidak menerima barangan mereka.
Jadi, di sini saya sudah boleh dikirakan berjaya (setakat ini lah) sebagai pengiklan di Mudah.my.
Anda pula bagaimana? Masih tidak yakin untuk berurusniaga di Mudah.my?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan