alriana5604@gmail.com - AL The One
Salam pembuka kata & salam untuk semua,
Bagaimana pendapat anda? Mungkinkah benar-benar terjadi kerajaan Malaysia dari parti Barisan Nasional (BN) tidak akan lagi menjadi Kerajaan Persekutuan selepas pilihanraya nanti?
Ok, sebelum itu jangan menabrak saya dengan mengandaikan saya anti kerajaan sekarang.Saya cuma ingin berceloteh dan mencoretkan pendapat saya berkenaan senario politik tanahair.Sementelah pula mungkin tidak sampai 3 bulan saja lagi negara kita ini akan melangsungkan pilihanraya umum ke-13.
Ada beberapa analisa dan kategori bagi bakal-bakal pengundi yang saya dapat lihat dan perhatikan :
1.Jenis Setia – maksudnya, mereka jenis ‘pro’ kerajaan dan bukannya ‘pro’ pembangkang.Pengundi seperti ini, ribut atau taufan pun berlaku tetap juga selama-lamanya akan mengundi parti kerajaan semasa (current/present Ruler) yang memerintah.
2.Jenis ‘Fighter’ – maksudnya asyik suka menentang.Bukan saja menentang parti BN, bahkan apa-apa parti pun jika tidak kena pada pendapat mereka, mereka menentangnya.Selalunya mereka ini golongan suka berdemonstrasi (sama ada secara aman atau tidak).Namun tidaklah semua demonstran itu hanya tahu/suka menentang saja kerja mereka.
3.Jenis ‘Lalang’ – maksudnya mereka yang berpendirian goyah.Iaitu mereka membiarkan masa, isu panas atau pengaruh orang lain yang menyebabkan mereka menyokong mana-mana parti politik.Umpamanya, jika diberikan sedikit duit kopi,hadiah atau bantuan, lalu mereka mudah terpaut hati untuk menyokong parti yang membantu mereka itu.
4.Jenis ‘Don’t Know’ – sebenarnya bukan mereka betul-betul tidak tahu berkenaan politik tanahair.Tapi mereka bersikap mahu berkecuali dan ‘tidak mahu ambil port’ dengan hal-hal politik.Golongan ini juga boleh disebut golongan ‘buat derk’ pada hal politik.Kiranya jenis yang tidak mahu ‘ccara’ hal politik lah bak kata dialek Terengganu.Sebahagian besar dari golongan ini juga dipercayai mereka tidak hadir untuk mengundi.
5.Jenis ‘Silent’ – ini amat bahaya ! golongan ini umpama ‘api yang membakar senyap-senyap di dalam sekam padi’.Mereka pada luarannya nampak ok dan merestui sahaja apa yang diperjuangkan oleh sesuatu parti politik.Tapi, pada masa ingin mengundi, parti lain yang diundinya kerana jauh di sudut hatinya dapat menerima perjuangan dan kebenaran parti yang dirahsiakan/dipendamnya selama ini.
6.Jenis ‘Tak Mahu Miss Sorru’ – maksudnya golongan mereka yang mengharapkan atau bergantung harapkan kepada punca/sumber rezeki yang diberikan oleh sesuatu parti politik, seperti mendapat tender, kontrak dan juga imbuhan projek-projek besar.Tidak kiralah oleh parti mana-mana sekalipun.Selalunya ia juga berkaitan dengan jenis yang ke-3 (Jenis ‘Lalang’).Mana-mana parti yang dilihatnya ada potensi kuat untuk menang dan jadi pemerintah, itulah yang mereka akan sokong.Mereka ini juga boleh digelar golongan ‘Tunggu & Lihat’ atau pun golongan suka mencari peluang (opportunist).
7.Jenis ‘Perosak Undi’ – ini pula golongan sesaja mahu ‘pedajal’ bilangan undi untuk mana-mana parti politik sekalipun.Kononnya mereka mendakwa yang diri mereka bersikap ‘bebas’ (bukannya ADUN/calon BEBAS,ok), tetapi mereka kononnya tersepit bilamana kedua-dua calon yang bertanding terdiri daripada calon-calon atau parti-parti politik yang tidak disukai oleh mereka.Lantaran mereka merosakkan undi tersebut dengan melorekkan corak lah, melukis muka kartun lah atau mengoyakkan kertas undi semasa mereka mengundi.
8.Jenis ‘Termakan Budi’ – ini pula golongan ada kaitan dengan no-6 (Jenis ‘Tak Mahu Miss Sorru) dan mungkin mereka akan menjadi no-1 (Jenis Setia).Apa tidaknya, jika mereka ini telah pun dibela/dipelihara dan dijaga kebajikannya oleh wakil-wakil rakyat dari parti-parti tertentu, semestinyalah mereka akan membalas semula kebaikan wakil rakyat mereka dengan mengundi calon tersebut di dalam pilihanraya.Ini biasa terjadi jika wakil-wakil rakyat di sesuatu kawasan tersebut benar-benar berjasa kepada penduduk di kawasannya dan juga sentiasa bersikap aktif dan rajin membantu penduduk.Memang tidak salah lagi, wakil rakyat yang berbudi, pengundi akan selalu setia mengundinya.
9.Jenis ‘Take Revenge’ – ini masalah besar ! bila terjadi sesuatu perkara/isu panas yang tahap isu nasional, maka tidak mustahil akan wujud pengundi seperti ini, yakni yang bersikap ingin membalas dendam dan tidak mahu lagi mengundi calon pilihanraya di kawasan mereka.Anda masih ingat, seorang calon bertanding atas tiket parti politik yang lain dan selepas itu menentang dan bersikap negatif terhadap parti yang diwakilinya?Clue nya-‘Perkasa’.Dijangkakan, ramai yang tidak mahu mengundinya lagi jika bertanding di DUN yang sama pada pilihanraya umum ke-13 nanti.Tidak mustahil penduduk di situ akan bersikap ‘take revenge’ kepada ‘beliau’ nanti.
10.Jenis ‘Saya Yang Menurut Perintah’ – anda semua tahu kategori ini.Ini dikiaskan kepada penjawat awam atau lebih tepat lagi pasukan keselamatan dan pasukan-pasukan utama kerajaan memerintah.Mereka ini tiada alternatif/tiada pilihan.Mahu atau tidak mahu mereka mesti mengundi majikan mereka yakni parti kerajaan yang memerintah ketika itu.Jika tidak, bersedialah akan diambil tindakan bertukar kerja ke lokasi lain atau pun mungkin dibuang kerja.Jadi, untuk mengelakkan perkara itu berlaku, golongan pengundi ‘Saya Yang Menurut Perintah’ terpaksa mengundi parti majikan mereka.Mungkinkah mereka boleh menjadi golongan no-5 (Jenis ‘Silent’) atau no-7 (Jenis ‘Perosak Undi’) ? Itu terpulanglah kepada mereka sendiri.
Akhir sekali nasihat saya, siapa pun kita, hebat atau tidak hebat kah kita, bekerja di jabatan awam atau tidak sekalipun,marilah kita sama-sama keluar mengundi dan seruan saya, undilah parti/calon yang boleh membawa kebenaran dan membela rakyat.
Errmm….saya rasa saya berada dalam kategori no-5, anda pula dalam kategori mana?
Anda sendiri tahu jawapannya.
Selamat bertemu lagi di lain entri.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan