Iklan Nuffnang

Kisah Raja Yang Bijak & Pengembara Yang Bodoh...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Saya ingin bercerita mengenai seorang Raja yang bijak dan pengembara yang bodoh.Raja bukan merujuk kepada nama sesiapa atau individu, tetapi saya maksudkan ialah seorang pemerintah.

Ceritanya bermula… setelah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, seorang rakyat yang suka mengembara ke serata negeri, telah berjaya menghadap Rajanya di sebuah negeri yang saya namakan negeri Entah.Raja negeri Entah ini kebetulannya memiliki anak atau puteri yang sedang sakit/gering.Apabila pengembara/rakyat biasa ini memohon perkenan Raja untuk mengubati puteri Baginda itu, maka Raja pun memperkenankannya.

Walaupun sudah beberapa orang dukun, pawang, dan bomoh yang cuba mengubati Tuan Puteri negeri Entah semuanya gagal.Baginda puteri masih lagi gering yang semua orang tidak mengetahui apa sebab musabab penyakit Baginda Tuan Puteri.
Ajaibnya, bila si pengembara rakyat biasa ini mengubati Tuan Puteri, maka berhasil lah.Lalu sembuhlah dengan sihat dan segar bugarnya si Tuan Puteri negeri Entah.Amat sukacita lah sang Raja kerana kehebatan ilmu pengubatan si pengembara itu.Baginda Raja lalu menyatakan dan menawarkan kepada si pengembara yang Baginda akan cuba menunaikan apa saja permintaan si pengembara sebagai balasan mengubati Puteri Baginda sehingga menjadi sembuh semula.

Tunggu dulu…..anda semua fikir yang si pengembara mesti mahukan kekayaan, kemewahan harta benda, kediaman/mahligai yang luas dan besar bak istana, mahu memiliki emas dan intan berlian, bukan? Tidak pun, mesti si pengembara mahu memperisterikan si Tuan Puteri negeri Entah yang cantik jelita, bukan?

Tidak,…..

Si pengembara yang juga rakyat biasa ini mempunyai permintaan yang agak pelik dan aneh.Boleh dikatakan permintaannya agak jelik dan memalukan.Apa dia agaknya?

Ya…. Si pengembara meminta izin kepada sang Raja untuk berak (buang air besar) di atas katil di mana sang Raja beradu di kamar beradu Baginda.Apabila mendengar sahaja permintaan si pengembara itu, lalu semua panglima sang Raja mahu membunuhnya.Lalu, sang Raja dengan tenang melarang mereka dari membunuh si pengembara itu.Bahkan, Baginda Raja negeri Entah mengizinkan dan memperkenankan hajat atau satu-satunya permintaan daripada si pengembara itu, berikutan Baginda sudah pun berjanji akan menunaikan apa saja permintaanya kerana berjaya menyembuhkan Puteri Baginda dari kegeringan.

Lalu dipendekkan cerita, dapatlah si pengembara itu menunaikan hajatnya.Selepas berlalu dan dia sudah pun keluar dari kamar Beradu sang Raja, lalu Baginda Raja menahannya.’’Tunggu dulu wahai pemuda!’’…titah sang Raja.Dan si pengembara pun menunggu di luar kamar Baginda.Sang Raja mengarahkan Ahli Kaji Negara (kalau kini Saintis la) melihat dan mengkaji ‘hasil’ (najis si pengembara itu la bro,), benarkah ianya semata-mata najis sahaja.

Lalu setelah dikaji, dilihat dan diteliti, Ahli Kaji Negara bagi negeri Entah melaporkan kepada sang Raja satu persatu hasil kajian mereka.
Tiba-tiba…sang Raja pun bertitah….’’Wahai semua Panglima!!! Tangkap si pengembara itu, dan pancung kepalanya!!!’’

Agak-agak anda kenapa sang Raja mengarahkan agar si pengembara itu dipancung?

Ok, begini ‘moral of the story’ nya ialah :

1.Kita jangan merasakan diri kita bijak sangat dengan pelbagai macam cetusan dan buah fikiran kita.Ada masanya apa yang kita cetuskan di fikiran menjadi ikutan sebilangan orang dan akhirnya keburukan dari hasil idea fikiran kita itu balik semula kepada kita.Contohnya dengan bersikap ego, meninggi diri, takbur,mendabik dada apabila kita berhasil melakukan sesuatu yang tidak semua orang boleh melakukannya. (lihat semula kejayaan si pengembara mengubati Puteri dalam cerita tadi).

2.Jika kita sebagai orang bawahan atau pekerja biasa, bila berhadapan dengan ketua atau majikan, permintaan kita perlulah munasabah.Jangan ibarat kadok naik junjung meminta perkara yang bukan-bukan.Jangan merasakan diri kita cerdik dengan meminta permintaan yang tidak masuk akal.Berpijak di bumi nyata, ok.

3.Seorang ketua/pemimpin yang cerdik dan dalam masa yang sama dia juga adalah manusia biasa yang perlu diberikan penghormatan dan dijaga maruahnya.Janganlah kita memburuk-burukkan ketua kita/pemimpin kita, jika kita tidak tahu secara sahih dan nyata akan kelemahan/keburukan mereka.

4.Ganjaran boleh saja kita terima dalam bentuk ini, ‘’Berjaya-suka vs Berjaya-duka’’.Rujuk permintaan ‘mahu buang air besar di kamar Raja’ dalam cerita ini.Walaupun permintaan si pengembara berjaya, namun di akhirnya dia berduka kerana akan dipancung/dibunuh.

5.Pemimpin tidak semestinya sombong dan angkuh, dan rakyat biasa tidak semestinya cerdik dan bijaksana.Juga,tidak semua Raja itu jahat dan rakyat itu baik.Ada masanya, rakyat lebih jahat dan menanam dendam kepada pemimpin (khususnya kepada pemimpin yang berbudi pekerti luhur).

*Jawapan kenapa si pengembara diarah bunuh oleh sang Raja dengan di pancung kepalanya ialah si pengembara itu bukan sahaja buang air besar di atas katil Raja, tetapi dalam masa yang sama dia juga buang air kecil sekali! Lalu, Raja yang cerdik mengarahkan agar si pengembara dibunuh kerana menipu/berdusta kepada Baginda.Sedangkan permintaan si pengembara hanyalah untuk buang air besar sahaja, bukannya termasuk buang air kecil!

Cuba beritahu, agak-agak siapa yang buang air besar tidak termasuk air kecil sekali?Tiada bukan? Jadi, di sini kita tahu, permintaan si pengembara/rakyat biasa yang bodoh dan melampau itu telah berjaya dikenakan balik semula oleh sang Raja yang bijaksana itu.Matilah akhirnya si pengembara yang bodoh dan berniat menjatuhkan maruah sang Raja yang bijaksana.

Sekian.
Wallahualam.

Tiada ulasan: