Iklan Nuffnang

Program BUMI Hijau

alriana5604@gmail.com - AL The One

Pada 07 Januari 2012 baru-baru ini,saya telah menyertai program tajaan majikan saya yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.Program dan majlis ini dinamakan 'TM Goes Green'.Program ini bertujuan menggalakkan semua orang melibatkan diri dalam usaha menghijaukan semula planet BUMI yang kita diami ini.

Ianya tidak hanya disertai oleh anggota dan kakitangan syarikat saya sahaja.Penyertaan juga adalah melibatkan pihak swasta dan kerajaan.Iaitu dari pihak kerajaan negeri Negeri Sembilan sendiri,TM selaku penganjur(organiser),kolej-kolej swasta dan juga syarikat-syarikat swasta di sana.

Apa yang menariknya program ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti Larian Bumi Hijau,Mencari Harta Karun,Menanam Pokok,Membersihkan Kolam dan Kawasan Persekitaran dan juga Perlepasan Benih Ikan di kolam Tasik Seremban.Saya telah diberikan tugasan berkumpulan untuk menanam sebatang pokok (tree planting), kemudian menandakan (tagging)pokok tersebut.

Terasa begitu menenangkan sekali menyertai aktiviti begini kerana ianya berbentuk sukarela,dapat menemui komuniti masyarakat setempat dan rakan-rakan baru,menghayati dan mengamalkan sikap sayangkan/mencintai alam sekitar, menjaga kebersihan dan juga menerapkan nilai-nilai positif bagi melindungi/menghijaukan BUMI.

Ternyata keahlian Kelab Pencinta Alam (KPA) yang saya sertai memberikan saya suatu rasa kepuasan dapat menyumbangkan sedikit sebanyak tenaga dan masa bagi melindungi alam sekitar dan juga melindungi BUMI.



Marilah kita sama-sama menghijaukan BUMI ini.

Tiada ulasan: