Iklan Nuffnang

'Lelaki Dan Rokok' vs ‘Wanita Dan Solekan (Make up)’

alriana5604@gmail.com - AL The One

Ini adalah realiti.Kita mesti menerimanya.Suka atau tidak, setuju atau tidak, beginilah perbandingan (analogi) yang boleh dibuat berkenaan’ Lelaki Dan Rokok’, manakala ‘Wanita Dan Solekan (Make up)’.

Saya suka menjadikan ianya sebuah perbandingan positif bagi meredakan ketegangan antara pembenci perokok di kalangan orang ramai tidak kiralah mereka terdiri dari kalangan lelaki atau wanita.

Jika kita amat-amati, sebenarnya seorang perokok khususnya lelaki yang dikategorikan ‘perokok tegar’, kita hampir tidak dapat berbuat apa-apa untuk mereka.Maksudnya, kita sudah menegur, mengingatkan,menyindir,memperli, meluahkan akan ketidaksukaan kita kepada tabiat merokok mereka.Namun, sedikit pun tidak memberi erti dan makna kepada perokok tersebut sama ada untuk berhenti merokok atau mengurangkan menghisapnya.Apatah lagi kempen-kempen dari kerajaan supaya jangan menghisap rokok juga hanya menjadi bahan gurauan dan jenaka bagi mereka.

Sememangnya begitu bukan? Benarkah begitu sikap seorang perokok?...

Lalu, mulalah ada yang rasa tidak suka, membenci dan memulau perokok-perokok tersebut.Khususnya golongan wanita.Mereka memandang si perokok seorang yang tidak beradab, agak pengotor,mementingkan diri sendiri dan juga tidak bersikap ‘empathy’.Benarkah begitu ?

Wahai golongan wanita, saya suka memberitahu anda semua satu perbandingan biasa yang setiap hari kita dapat lihat.Lelaki dan rokok umpama wanita dan solekan.Walaupun rokok bukan dibuat solekan untuk lelaki, tetapi perbandingan kasarnya begitu.Mari kita lihat sama-sama :

1.Lelaki dan Rokok

a.Kebanyakan perokok ialah lelaki.

b.Perokok sukar berhenti khususnya perokok tegar.

c.Lelaki yang tidak merokok agak sedikit bilangannya.

d.Kononnya merokok melambangkan kelelakian, status,darjat atau ‘social life’ seseorang, walaupun sebenarnya tidak begitu.

e.Perokok sanggup membeli rokok dan menghabiskan wang memandangkan harga rokok semakin mahal.

f.Merokok hanya membazir, maksudnya tiada kesan positif yang signifikan untuk mana-mana perokok.

Ok, mari kita lihat ini pula;

2.Wanita dan Solekan (bermake up)

a.Kebanyakan yang bermake up ialah wanita.

b.Wanita yang suka bermake up, sukar untuk membuang tabiatnya untuk tidak bermake up.

c.Wanita yang tidak bermake up kurang bilangannya berbanding yang suka bermake up.

d.Kononnya dengan bermake up, melambangkan ‘social life’ wanita, ‘up to date’,berkeperibadian anggun, mengikuti zaman terkini, mempunyai citarasa hidup (living style) dan tampil berkeyakinan.Pada hakikat, tidak semestinya begitu.

e.Wanita yang suka bermake-up sanggup membazir dan menghabiskan wang membeli alatan make up yang mahal dan berjenama.

f.Ber make up juga hanya membazir masa dan juga tiada kesan positif yang signifikan kerana umum sentiasa mentakrifkan kecantikan melalui make up bukanlah kecantikan sebenar/asli/tulen bagi seseorang wanita.

Kelihatan perbandingannya sama dan selari, bukan?

Cuma 1 sahaja yang membezakan merokok dan ber make up yang mana merokok dilihat amat membahayakan kesihatan.Manakala, setakat ini belum lagi disahkan wanita suka bermake up juga boleh membahayakan kesihatan.

Jadi, kesimpulannya di sini ialah, biasakanlah diri kita baik kita ini golongan lelaki atau wanita, merokok atau tidak merokok, bermake up atau tidak bermake up, belajar-belajarlah menerima ayah, ibu, abang, adik, suami, isteri bahkan sesiapa jua yang memang sudah pun menjadi perokok dan sukar untuk berhenti.Terimalah mereka seadanya di kalangan kita dan jangan memandang benci kepada mereka.

Perokok juga harus menghormati orang yang tidak merokok.Sewajarnya perlu elakkan merokok berdepan dengan bayi, pesakit jantung, lelah dan sebagainya.

Lelaki dan wanita sama sahaja.Masing-masing ada kecenderungan sendiri.Tidak guna tuduh menuduh atau benci membenci.Perokok dan yang suka bermake up juga dari kalangan ahli keluarga kita juga, rakan-rakan kita juga.Oleh itu belajarlah menerima mereka seadanya, sementelah itulah yang menjadi kesukaan dan kegemaran mereka.Diharapkan semoga suatu hari nanti mereka berubah.

Oleh itu, biasa-biasakanlah dengan ungkapan ini;

‘’Merokok sinonim dengan tabiat/kesukaan lelaki, sebagaimana bersolek (bermake up) itu pula amat sinonim dengan tabiat/kesukaan wanita’’.

p/s : Penulis sudah berhenti merokok kira-kira sudah masuk 7 tahun.Istiqamah.Alhamdulillah.

Tiada ulasan: