Iklan Nuffnang

Petua & Cara Mengatasi Mabuk Laut








alriana5604@gmail.com - AL The One

PETUA – MABUK LAUT

Sama ada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk, gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan ke laut.


1.Ini rasionalnya – mengikut pakar perubatan, urat (koklea) di belakang telinga memainkan fungsi penting dalam menyeimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut urat di belakang telinga terutama bila mula berasa pening.

2.Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.

3.Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri dari mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.

4.Syor dari nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tetapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.

5.OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tidak boleh dibawa ke laut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.

6.Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.

7.Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.

8.Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita berada di laut.

9.Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.

10.Sebelum pergi ke laut , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

"SELAMAT MENCUBA"

Tiada ulasan: