AL The One - Blog yang mengandungi pelbagai perkara dan cerita. Cetusan idea dan seloka, wisata dan kerja menjadi rencah hidup semasa.
Iklan Nuffnang
Palm Jumeirah, Dubai - Syurga Hartanah & Pelancongan Dunia
alriana5604@gmail.com - AL The One
Sungguh kagum bila melihat gambar-gambar keindahan rumah-rumah, hartanah dan bangunan di Palm Jumeirah, Dubai ini.Bangunan dibina di atas pulau buatan manusia.Bangunan yg seumpama 'pintu gerbang' itu dikenali sebagai Dubai Atlantis.Manakala, menara yang rupanya berbentuk tajam itu ialah bangunan Trump International Hotel and Tower, dan yang berbentuk seperti buah nenas itu pula ialah Palm Trump Hotel and Tower.
Pendek kata,sesiapa yang dapat dan mampu pergi melancong ke sini apatah lagi membeli salah satu dari jenis hartanahnya memang berstatus jutawan.Dilaporkan dari sumber yang sahih, pemain bolasepak terkenal LA Galaxy sekarang, iaitu bekas pemain kelab liga Inggeris,Manchester United, David Beckham juga membeli sebuah banglo mewah di sini.
Kalau sudah kaya raya, semua pun mampu dan boleh dibeli.Pulau juga boleh dibuat oleh manusia, dijual dan dibeli oleh manusia di dunia ini.
Namun,kekayaan sebenar ialah milik Allah dan syurga sebenar ialah syurga milik Allah yang manusia sendiri tidak dapat membayangkan keindahan dan tahap kemewahannya.
Kita sungguh terpesona melihat keindahan yang cuma setakat begini saja.Lihatlah betapa terhadnya 'rasa' dan daya 'penglihatan' manusia biasa seperti kita.Jika di syurga Allah, dan Allah izinkan kita melihatnya sekarang,mungkin kita anggap keindahan Dubai ini umpama langit dan bumi perbezaannya.Dubai jadi langsung tiada bernilai berbanding syurga Allah.Itulah hakikat sebenarnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan