Iklan Nuffnang

Kejadian 9/11 - Satu Konspirasi ?




alriana5604@gmail.com - AL The One

Apa yang sebenarnya kejadian 9/11? Okay, di sini saya akan ceritakan cerita sebenar konspirasi WTC 9/11 ini. Tujuan sebenar mereka mengadakan tragedi WTC ini. Tragedi ini juga telah membuka mata masyarakat dunia terutama di sebelah Eropah dan Amerika Syarikat sendiri betapa mereka telah diperbodohkan selama ini. Inilah peristiwa yang menjadi titik mula kebangkitan Islam. Ramai penduduk Amerika Syarikat dan Eropah yang memeluk Islam selepas peristiwa ini.

Pihak Illuminati dan Freemason ada 4 tujuan dengan peristiwa 9/11 ini.

1. Mencabar kuasa Allah. Kenapa tarikh 9/11 dipilih? Mereka 'skip' kan no 10 sebab no 10 ini melambangkan kesempurnaan. Hnya Allah saja yang bersifat sempurna. Jadi mereka 'skip' kan bilangan no 10 itu. 9, 11. Tiada no 10 di situ. Mereka juga terapkan 911 ini dalam kehidupan mereka seharian. Di Amerika Syarikat, untuk panggilan kecemasan mereka kena dial 911 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

2. Sebagai simbol kemusnahan Kaabah.

3. Untuk mempengaruhi politik dunia untuk rancangan terakhir New World Order.

4."To Create One of the Darkest Stargates". Ini saya akan terangkan semula. (berkaitan dengan kepercayaan sihir Freemason/ Illuminati)


Tujuan ke-3 mungkin anda semua sudah tahu. 9/11 ni adalah modal besar untuk Amerika Syarikat menyerang negara-negara Islam dan jadikan Israel sebagai kuasa utama dunia sebagai persediaan menyambut The False Messiah-Dajal.

Di sini saya terangkan tujuan ke-2. Simbol kemusnahan Kaabah.

Ok, Kaabah ini adalah pusat tenaga positif yang paling besar di bumi. Tenaga apa? Saya terangkan sikit tentang tenaga-tenaga ini.

Ada 3 tenaga yang saling berkaitan antara satu sama lain.
1. Minda. 2. Tubuh Badan. 3. Roh/Batin.

Jika anda kurang faham tentang potensi diri, anda tidak akan faham pentingnya sistem penguasaan itu. Jika dikaji tubuh anda sehingga atom terkecil apa anda akan temui? Atom, elektron, proton. Apa makna semua ni? Ini bermakna diri anda pada asasnya adalah tenaga. Begitu juga bumi dan seluruh alam semesta. Ini bermakna Allah jadikan kita sebagai pemancar tenaga. Dimana kita boleh dipengaruhi oleh tenaga disekeliling dan yg paling penting kita boleh mempengaruhi tenaga di sekeliling kita.

Kita boleh keluarkan tenaga positif, mahupun negatif. Kita juga boleh dipengaruhi tenaga positif dan negatif. Bagaimana ini berlaku?

Jika kita hasilkan tenaga positif berfrekuensi tinggi, tenaga tu akan bergabung dengan tenaga luaran positif. Jadi kita akan dikelilingi oleh kuasa positif dan begitulah sebaliknye.

What Goes Around Comes Around
Sebab itulah kita akan berasa sungguh selesa dikelilingi tenaga positif alam semulajadi.
Sebaliknya kita akan berada tidak senang dengan tenaga dan kaku sebuah bandar.
Contohnya, kita akan berasa selesa, tenang jiwa bila kita masuk ke dalam masjid. Ini adalah disebabkan tenaga positif yang dihasilkan.Sesiapa yang pernah mnjejak kaki di Mekah pasti dapat merasai ketenangan yang amat sangat. Kerana kuasa positif yang begitu banyak.

Berbalik pada cerita asal tadi. Dekat tengah-tengah WTC ada satu objek. Namanya The Sphere.

Dengan musnahnye WTC, objek itu turut sama musnah.

Kenapa Kaabah?
Adakah mereka mencabar kuasa Allah. Atau ia melambangkan kemusnahan kaabah sebagai tanda kiamat.


Wallahualam.

Tiada ulasan: