Iklan Nuffnang

Kari Sotong Hujung Minggu




alriana5604@gmail.com - AL The One

Hari minggu ini, isteri saya memasak Kari Sotong.Lama sudah saya ingin menikmatinya.Jadi, di samping berehat dan bersantai hujung-hujung minggu,dapatlah juga menikmati juadah makan tengahari bersama keluarga di rumah.Tidak lah asyik membeli makanan dan lauk pauk di kedai makan dan restoran sahaja.

Mari kita lihat resepi bagaimana isteri saya memasak Kari Sotong ini, yang saya berikan nama resepi ini sebagai Kari Sotong Hujung Minggu.

Bahan-bahan :

Beberapa ekor sotong - dipotong kecil.
1 paket kecil serbuk kari ikan - dibancuh dengan air.
4 ulas bawang merah dikisar halus.
2 ulas bawang putih dikisar halus.
2.5 cm halia.
2 sudu cili kisar.
1 cawan santan.
Sedikit air asam jawa.
Beberapa helai daun kari.
Sedikit minyak masak.
Sedikit air.

Cara-cara membuatnya ;

-Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar dan daun kari.
-Setelah bahan tumisan wangi,masukkan bancuhan serbuk kari ikan dan masak sehingga pecah minyak.Selepas itu, masukkan air asam jawa dan santan.
-Masukkan sotong yang telah dipotong.Gaulkan sehingga masak dan akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

Kepada sesiapa yang ingin mencubanya, silakan ! Selamat mencuba ! ... :)

Tiada ulasan: