Iklan Nuffnang

Dr. Mahathir Terima Anugerah Keamanan Global


alriana5604@gmail.com - AL The One

Dr. Mahathir terima Anugerah Keamanan GlobalKUALA LUMPUR 16 Dis. - Bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima Anugerah Keamanan Globaldaripada Yayasan Ramadhan iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)dari United Kingdom.
Anugerah berkenaan disampaikan bagi mengiktiraf sumbangan beliaukepada masyarakat Islam selain inisiatif memperjuangkan keamanan diperingkat global.

Ia disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Ramadhan, Muhammad Umar padaMajlis Makan Malam Anugerah Gala Konvensyen Antarabangsa Uniti Muslimdi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Selain Dr. Mahathir, yayasan berkenaan turut memberikan anugerahkepada Yayasan Al-Bukhary untuk khidmat kepada ummah dan AllahyarhamUbaidulla Kadir Basha untuk khidmat beliau dalam bidang kemanusiaan danpencapaian seumur hidup.
Dalam ucapannya, Dr. Mahathir menyeru supaya semua umat Islam mengetepikan perbezaan dan bersatu-padu demi keamanan sejagat.

Tiada ulasan: