Iklan Nuffnang

SME Congress 2013 : Di A' Famosa Resort

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai rakan-rakan & pengunjung blog saya,

SME Congress datang lagi ! Ya, SME Congress 2013 yang saya hadiri dan sertai baru-baru ini pada 17-19hb Januari 2013.

Untuk makluman, SME Congress ini ialah ‘yearly event’ yang diadakan khusus untuk Unit TM SME (unit saya bekerja) di seluruh negara.

Majlis ini bertujuan menghimpunkan semua warga TM SME di seluruh negara dengan tujuan menetapkan matlamat, target semasa, mengeratkan silaturrahim dan juga penyampaian anugerah bagi ‘achievers’ tahun sebelumnya kepada anggota yang cemerlang di bidang jualan peringkat nasional.

Kali ini kami semua berkampung 3 hari 2 malam di A Famosa Resort,Melaka.
Biasalah, seperti yang saya ceritakan di entry blog sebelum ini, trip atau pun ‘jalan-jalan’ atas tujuan bekerja dan diarahkan majikan ini ada pro dan kontranya.Namun dalam kepadatan agenda/program di majlis tersebut, tetap ada juga keseronokannya.

Saya suka menceritakan betapa ‘happening’nya ketika malam ‘dinner’ di majlis tersebut.Diserikan pula oleh pertunjukan dan nyanyian oleh artis-artis seperti Atilia dan juga Aris Ariwatan.Nyanyian oleh Aris Ariwatan memang mantap, masih ‘maintain’ suaranya seperti asal.Paling terhibur sekali ialah dendangan lagu ‘Soldier of fortune’ dan ‘Smoke on the water’ oleh Aris Ariwatan.

Berkenaan ‘dress code’ pula sungguh bervariasi.Hampir semua memberikan komitmen dengan berpakaian bertemakan ‘Cowboy/Cowgirl & Red Indian’.Maklumlah majlis makan malam diadakan di lokasi ‘Cowboy Town’ maka bertepatanlah dengan kod/etika berpakaian pada malam tersebut.

Saya memilih untuk berpakaian ala cowboy yang biasa sahaja.Hanya dengan mengenakan sehelai kemeja bercorak petak-petak, memakai sebuah topi cowboy beserta dengan bandana di ikatkan di leher.Manakala rakan-rakan lain ada juga berpakaian ala Red Indian, berpakaian ala cowboy Sheriff dan juga cowboy ‘bandits’ (penyamun).

Seronok-seronok juga, tetapi pengisian program tetap diwujudkan.Pakar motivasi terkenal negara, Profesor Datuk Dr. Haji Mohamad Fadzillah Kamsah telah pun memberikan tips-tipsnya yang amat berguna sebelum malam dinner tersebut.Ini bagi memastikan semua anggota TM SME tetap teguh kepada prinsip dan pegangan agama, menuruti amalan-amalan murni syarikat dan juga menetapkan matlamat dan halatuju bagi meningkatkan jualan Unit SME pada tahun 2013 ini.Secara ringkasnya, Unit SME telah berjaya mencecah target yang ditetapkan tahun lepas (2012), iaitu pada kadar 104% atau dalam jumlah pendapatannya ialah RM 1.964 billion.

Saya menumpang rasa bangga kerana turut menyumbang keringat dan usaha ke arah itu !

Syabas dan Tahniah kepada Unit Pengurusan Tertinggi TM SME dan juga kepada seluruh anggota SME!

Kejohanan Sukan Mendukung Isteri

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai…

Selamat bertemu kembali,

Pernah kah anda mendengar wujudnya pertandingan sukan mendukung isteri ?

Hahaha….best ni…mesti semua isteri-isteri suka kepada pertandingan sukan ini, kan ?
Kena dukung dengan suami, tak perlulah berlari atau berjalan sendiri, kan ?

Seramai 47 peserta menyertai pertandingan mendukung isteri dalam Kejohanan Mendukung Isteri Peringkat Dunia, akhir tahun lepas 2012.

Kejohanan Sukan Mendukung Isteri tersebut di adakan di Amerika Syarikat iaitu bertempat di Resort River Ski Sunday berhampiran kawasan pergunungan Maine.

Kawasan pergunungan Maine ini memang cantik tempatnya dan wujudnya resort peranginan di situ.

Pasangan Rocco Andreozzi dan Kim Wasko menjadi pemenang dalam kejohanan sukan pelik itu.Mereka menamatkan larian terakhir dengan masa 49.64 saat manakala tempat kedua dirangkul oleh David dan Lacey Castro dengan masa 52.39 saat.

Antara acara yang perlu para peserta lakukan ialah berlari mendaki bukit dan merempuh halangan kawasan yang berlumpur semasa mendukung pasangan mereka.
Pemenang pertandingan menerima cek bernilai AS$620 (RM1,956).

Hahaha…ini lagi ‘cool’ dari berita seorang lelaki China di negaranya pergi bekerja menaiki paramotor.

Rasailah Pengalaman Menonton Teater 6D/XD!

alriana5604@gmail.com - AL The One


Hai, bertemu lagi.

Salam sejahtera.

Pernah kah anda merasai pengalaman menonton teater atau pun filem yang menggunakan teknologi 6D/XD ?

Kalau setakat teknologi 2D atau 3D mungkin kita sudah biasa kan ?
Anda tahu apa itu teknologi 6D/XD ?

Teater XD atau juga dikenali sebagai Teater 6D merupakan teater simulasi pengembaraan yang mencabar dan menghiburkan. Ia menggabungkan teknologi 6D motion Ride iaitu gabungan kesan khas pencahayaan, gegaran kerusi yang sangat laju, kesan angin serta bunyi yang kuat dan visual 3D yang canggih.
Di Malaysia ini selain dari Menara KL, ada satu lagi lokasi untuk merasai pengalaman teknologi 6D/XD ini.

Anda tahu di mana ?

Di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) atau pun juga dikenali sebagai Perpustakaan RATU iaitu Perpustakaan Raja Tun Uda.

Di PPAS ini, terdapat sebuah bilik teater mempunyai 8 buah kerusi khas dan setiap hari pengunjung akan dihidangkan salah satu tayangan dari 4 jenis tayangan singkat iaitu Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine.

Meskipun Teater XD / 6D hanya terdapat di taman tema hiburan di serata dunia dan juga di negara kita namun PPAS mengambil langkah berani dengan memperkenalkan medium hiburan ini ke dalam sebuah perpustakaan!

Tujuan utamanya tidak lain adalah semata-mata untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan remaja agar kerap mengunjungi pustakaan dan akhirnya dapat memupuk semangat minat membaca yang mendalam setelah meneroka setiap tingkat perpustakaan yang berkonsepkan ‘Rumah Keduaku’. PPAS adalah satu-satunya perpustakaan yang memperkenalkan konsep hiburan ‘edutainment’ kepada pengunjung-pengujungnya.

Walaubagaimanapun, pihak PPAS menekankan aspek keselamatan yang ketat sebagai langkah berjaga-jaga kepada setiap pengunjung. Hanya pengunjung yang sihat tubuh badan, mempunyai ketinggian dan berat badan yang dibenarkan serta syarat-syarat khas sahaja dibenarkan masuk.

Saya telah pun mencuba dan merasai pengalaman menonton tayangan singkat iaitu Canyon Coaster di sini.Ianya cukup seronok,mencabar,teruja,seperti di alam sebenar.Kita dapat merasai seolah-olah diri kita sendiri berada dalam tayangan teater tersebut.Bahkan ada penonton yang menjerit dan menepis-nepis seolah-olah serpihan-serpihan berterbangan di filem tersebut tercampak dan terkena mereka.

Ianya memang ‘cool’ dan menghiburkan.
Cuba lah teknologi 6D / XD ini !

Enaknya Cendol Durian Borhan...


Salam sejahtera,

Pernah kah anda menikmati cendol durian ? Lazat dan enak sungguh dapat menikmatinya, bukan ?Lebih-lebih lagi yang kali pertama menikmatinya.

Tapi, pernahkah anda menjamah dan merasai keenakan cendol durian dicampur dengan jagung atau labu ?

Kalau teringin menikmatinya kunjungi lah Gerai Cendol Borhan di Batu 2, Pasir Penambang,Kuala Selangor.

Saya berkesempatan singgah di salah satu gerainya untuk menikmati kelazatan cendol durian jagung dan laksanya.Fuuhhh.... memang best.

Kisah Encik Borhan ini mendapat liputan akhbar dan dia yang dulunya salah seorang penerima zakat dari Lembaga Zakat Selangor telah berjaya keluar dari kesempitan hidupnya dan membuka gerai cendol durian nya.Dia juga dianugerahkan Usahawan Cemerlang oleh Lembaga Zakat Selangor.

Apa-apa pun saya kagum dengan idea dia mencipta resepi dan ramuan cendolnya yang tersendiri semenjak tahun 1997 lagi dan lahirlah 'trademark' Cendol Durian Borhan dengan 'tagline' nya ' keenakan yang terigau-igau'.

Jika ingin menikmati keunikan dan keenakan cendol durian Borhan, datanglah ke sana.Mudah saja, dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Selangor ia terletak di sebelah kanan.Jika dari Kuala Selangor, gerainya terletak sebelah kiri dan ada satu papan tanda tertera 'Cendol Durian Borhan'.

Saya rasa Encik Borhan ini sudah ada 4 gerai cendol duriannya, kot?
Sebabnya yang saya singgah ini gerainya yang ditandakan nombor 4 di papan tandanya.

Apa yang saya tahu, ada 2 gerainya di Kuala Selangor dan 2 lagi saya tidak begitu pasti di mana lokasinya.

Cubalah nikmati cendol durian dicampur jagung atau pun cendol durian dicampur labu, pastinya sedap !